Friday 6 June 2014

Kain pasang murah... harga terbaikkk!!!!!!!!

kain pasang Digital Batik Italian Design... RM60 sepasang
Kain jenis lembut dan sejuk bila dipakai... sesuai dengan cuaca di Malaysia
For order sms 012-9038636 dan nyatakan Kod yang diingini..
Stok jalan laju hanya tinggal 3 pasang sahaja...


atau email ke razatie@yahoo.com.my

Wednesday 9 April 2014

Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)

Multi vitamin & Multi mineral yang Hebat.



Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.


Aturan Makan : 2 kali sehari, 1 biji setiap kali (selepas makan)

SMS/Call : Yati 012-9038636 untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi PERCUMA

Rawat Arthritis dengan Shaklee


Apa itu Artritis ?


Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Pesakit akan kesakitan dan ketidakselesaan terutamanya ketika bergerak.
Gejala Arthritis :
* Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang 

   belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
* Bengkak di bahagian sendi
* Kekerasan sendi.
* Sakit di sekitar sendi.
* Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
* Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
* sukar melakukan tugasan tertentu.
* sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.
Faktor Arthritis :
* Peningkatan umur
* Kegemukan :di kedua - dua sendi lutut
* Keturunan
* Pergerakan yang keterlaluan.
* Kecederaan sendi yang teruk:Kepatahan tulang.
* kerosakan pada ligamen
* Pekerjaan
sumber : rawatsakit
Jadi pesakit Artritis memerlukan rawatan supplemen anti radang seperti Omega Guard, Gla Complex dan Alfalfa. 
Adalah penting jika individu berisiko tinggi di kenalpasti untuk pencegahan awal.
PM.SMS.012-9038636 (Pn Yati) untuk sebarang pertanyaan lanjut.

HB Low ketika hamil, apa yang perlu dilakukan

" Saya baru balik checkup klinik, doktor kata HB saya low. Bacaan HB sy 11g/dl je. Macam mana saya nak buat?"

Keluhan yang biasa didengar bilamana seorang ibu hamil mengalami gejala ANEMIA. Anemia atay HB low adalah keadaan di mana kurang darah merah yang boleh memberi kesan kepada ibu hamil seperti badan cepat penat, muka yg pucat ,hilang fokus kerana kurang oksigen ke otak dan mudah terkena jangkitan. Kenapa menajga paras HB menjadi sangat penting ketika hamil? Kerana HB adalah pentng untuk memastikan oksigen cukup kepada bayi dalam kandungan.

Terdapat 3 sebab kenapa anemia berlaku di kalangan ibu hamil:

1. Anemia disebabkan kurang protin
Anemia  boleh berlaku jika sel-sel darah merah anda tidak mengandungi cukup hemoglobin. Hemoglobin adalah protin yang kaya dengna zat besi yang memberikan warna merah kepada darah. Protin ini membantu sel-sel darah merah membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan. Jadi 
ibu perlu meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein seperti telur, ikan, daging, ayam, makanan laut dan susu.


2. Anemia disebabkan kekurangan asid folat atau zat besi. 

Anemia jenis ini adalah jenis yang paling biasa berlaku. Ia berlaku apabila ibu hamil tidak mempunyai cukup zat besi dalam badan. Semasa mengandung, janin menggunakan sel-sel darah merah ibu untuk pertumbuhan dan perkembangan, terutama dalam tempoh tiga bulan terakhir kehamilan. Jika seorang ibu mempunyai berlebihan sel-sel darah merah yang disimpan di dalam sum-sum tulang sebelum hamil, dia boleh menggunakannya untuk membantu memenuhi keperluan bayinya. Kekurangan zat besi biasanya disebabkan oleh kehilangan darah tetapi kadang-kadang mungkin disebabkan oleh kelemahan penyerapan zat besi. Sum-sum tulang memerlukan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin. Tanpa zat besi yang mencukupi, badan ibu tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi untuk sel-sel darah merah.
 Keperluan harian zat besi dan asid folat ketika hamil meningkat dua kali ganda berbanding sebelum hamil. Oleh itu doktor menyarankan keperluan itu dipenuhi dengan pemakanan atau suplemen.

3. Anemia akibat kekurangan vitamin

Selain zat besi, badan ibu juga memerlukan asid folat dan vitamin B-12 untuk menghasilkan jumlah sel-sel darah merah yang mencukupi. Vitamin B12 adalah penting dalam membentuk sel-sel darah merah dan dalam sintesis protein. Diet yang kekurangan asid foalt dan vitamin b-12  dan lain-lain nutrien utama boleh menyebabkan berkurangan pengeluaran sel darah merah. Selain itu, sesetengah orang mungkin makan cukup B-12, tetapi badan mereka tidak dapat memproses vitamin. Ini boleh membawa kepada anemia akibat kekurangan vitamin.

Anemia ketika hamil jika dibiarkan berterusan boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan anak. Semua wanita mengandung mempunyai risiko untuk mengalami anemia. Ini kerana mereka memerlukan lebih banyak zat besi dan asid folik daripada biasa. Tetapi risiko adalah lebih tinggi dalam situasi ini:
  • Hamil ank kedua dan seterusnya
  • Jarak kehamilan yang dekat
  • Muntah banyak kerana morning sickness
  • Ibu hamil di kalangan remaja
  • Tidak makan makanan yang kaya dengan zat besi
  • Tempoh haid yang lama sebelum anda mengandung
Apa yang boleh dilakukan apabila ibu disahkan HB low oleh doktor? 

  • Pastikan  mendapatkan diet yang variasi. 
  • Jika merancang untuk hamil, berbincang dengan doktor atau bidan mengenai makanan dan makanan tambahan - jika mungkin, sebelum menjadi hamil. Sumber zat besi yang baik adalah daging lembu, roti mil penuh dan bijirin, telur, bayam dan buah-buahan kering. 
  • Menambahkan diet yang kaya dengan zat besi, vitamin dan asid folik. Mengambil 400 mikrogram asid folik ketika hamil adalah penting untuk mengurangkan risiko mempunyai bayi dengan spina bifida. Seorang doktor mungkin menasihatkan pengambilan zat besi digabungkan dgn asid folik sebelum hamil. 
  • Makan makanan yang kaya dengna vitamin C. Ini kerana vitamin c menyerap jumlah zat besi yang maksimum daripada diet. Sayur-sayuran mentah, kentang, lemon, limau dan oren adalah semua sumber vitamin C yang baik. 
  • Makanan yang kaya dengan asid folik termasuk kacang, muesli, brokoli, daging lembu, Brussels pucuk dan asparagus. 
  • Wanita hamil perlu mengambil perhatian isyarat badan mereka dan merujuk kepada doktor jika sebarang tanda yg abnormal berlaku. 
Wanita yang merancang kehamilan perlu mengambil makanan tambahan asid folik untuk 12 minggu pertama kehamilan dan sebaik-baiknya bermula sebelum kehamilan berlaku. Ini akan mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang (spina bifida) pada janin. 

Selain mengamalkan diet yang kaya dengna zat besi, b-12, protin dan vitamin C, ibu-ibu hamil juga boleh menganalkan pemakanan supplement. Antara supplement untuk ibu hamil yang mengalami gejala anemia ditawarkan oleh SHAKLEE adalah VITALEA, BCOMPLEX, ESP dan VITAMIN C 



Ramai ibu-ibu yang mengalami maslah HB low berjaya mengatasinya dengan pemakanan vitamin ini secra konsisten sepanjang tempoh kehamilan.

Bagaimana untuk mendapatkan VITAMIN SHAKLEE  UNTUK HB LOW?
harga istimewa beserta consultation exclusive untuk semua pembaca fb saya. Hubungi saya segera  untuk keterangan lanjut mengenai set vitamin untuk HB low
Hidayati (ID 1110286)
FB: Atie Razatie
No Tel: 012-9038636
Email: razatie@yahoo.com.my
COD area: Ayer Keroh, Ayer Molek, Bukit Baru, Duyong dan Telok Mas
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos.

Kesan Makan Banyak Vitamin: BAHAYA!!!

Vitamin oh Vitamin, bahaya ke makan banyak sangat? Apa kesan makan banyak vitamin? Boleh sakit ke? Soalan popular bagi orang yang nak mula ambil vitamin. Bagus soalan-soalan ini ditanya, sebab badan kita, jadi kita berhak pilih yang terbaik untuk badan kita.

Tapi ada juga yang, 'wow, nie murah nie, siap dapat free satu lagi, kita beli nie lah' beli sebab murah'

Atau, jalan-jalan, nampak kedai farmasi, masuk dan 'amiklah yang nie, famous, selalu keluar tv, ok kut' dan paling best tak baca pun label kat belakang. Terus pergi cashier dan bayar.

Ish, korang nie tak kisah ke apa yang masuk dalam perut? Perut itulah tempat mulanya segala penyakit. Jadi kalau korang buat keputusan nak makan vitamin pilihlah yang tepat. Bukan semata-mata sebab murah, atau selalu keluar tv.

Lagi satu, tanggapan yang 'kalau vitamin sintetik nie tak bagus, tak kan diaorang jual?'. Tanggapan begini kurang cerdik, yalah, habis tu rokok yang dah sah-sah tak bagus, orang pun jual jugak kan? berlambak lagi.

Oleh itu, perkara pertama yang perlu dikisahkan adalah, adakah vitamin itu sintetik, organik atau semulajadi?

Susah nak faham? Mari lihat analogi mudah di bawah:

Vitamin Sintetik umpama Buah Plastik
Biasa orang buat perhiasan, nampak lawa tapi tak boleh makan. Kalau makan juga boleh mendatangkan mudarat. Kesan makan banyak vitamin sintetik, umpama makan buah plastik. Sanggupkah?



Sama seperti vitamin sintetik, botol nampak cantik, bentuk dan rupa vitamin pun molek je. Warna pun cantik. Tapi bila masuk dalam perut, lambat dicerna dan akhirnya boleh datangkan mudarat pada organ badan, seperti buah pinggang.

Vitamin Organik umpama Jus Dalam Kotak
Ramai yang suka, mana taknya, sedap. Tapi jus telah di'modified', kalau tak pastilah sehari dua saje bertahan. Nie berbulan-bulan tahap dalam peti sejuk. Agak-agak kalau jus yang kita perah sendiri, tahan berapa lama ya?


Vitamin Semulajadi umpama Buah Sebenar
Buah original, beli kat kedai, balik potong terus makan. Kalau buah betik, silap-silap petik sendiri, potong dan makan. Bestkan? Dari pokok terus ke perut. Takde jalani proses-proses yang boleh menghilangkan kebaikan buah tersebut. Makan betik, rasa betik. Bukan rasa oren atau mangga.


Beza banyakkan, dan tiada satu pun persamaan antara satu sama lain.

Manusia buat dengan Tuhan buat, pastilah yang Tuhan buat berjuta-juta kali lebih baik. Jadi, be wise, pilihlah yang semulajadi. Melainkanlah kalau korang memang nak makan buah plastik, tak pun minum jus yang dah ada bahan pengawet, perisa, pewarna dan gula yang berganda-ganda banyak?

Kesan makan banyak vitamin yang betul walaupun banyak, tidak akan mendapatkan mudarat. Umpama makan tembikai banyak-banyak. Paling-paling pun banyak kali buang air. Dan, pastikan dapat konsultasi yang berkualiti, ini kerana jika banyak vitamin yang diambil dalam satu masa, membuatkan kesan vitamin tadi tak sepenuhnya atau optimum.

Dapatkan vitamin semulajadi, konsultasi cara makan vitamin kesan optimum secara PERCUMA dan pelbagai tawaran menarik dengan call/SMS Yati (ID: 1110286) di 012-9038636 / Email : razatie@yahoo.com.my
Harga Terbaikkkk……..

Dugaan Ibu Menyusu



Ternyata, banyak dugaan menyusukan anak bagi ibu-ibu bekerja..
Jika anda berjaya menyusukan anak anda….tak kisahlah tak cukup 2 tahun pun…anda memang BERJAYA

Andai kata susu berkurang, jangan cepat menyerah kalah kawan..…
banyak faktor penyebab…

1. load kerja
2. emosi anda
3. kesihatan anda
4. mungkin anda keletihan
5. mungkin anda stress…
dan banyak lagi….

apa yang anda perlu ada hanyalah keyakinan..kesungguhan..keazaman..kekuatan dan usaha usaha dan usaha….

tapi jangan lupa...
DOA... Tuhan menentukan rezeki kita di dunia.....


p/s: Bantuan suami anda juga amatlah penting….

Tanda Badan Kekurangan Air

Tanda badan kekurangan air


FAKTA : 80 peratus tisu otak terdiri daripada air.

§  Berat badan menurun melebihi satu peratus sehari. Contohnya berat asal (sebelum bersukan) ialah 60kg, berat badan turun kepada 59.4kg (penurunan 0.6kg atau satu peratus)
§  Warna air kencing bertukar menjadi pekat dan jumlahnya sedikit
§  Rasa sangat dahaga
§  Sakit kepala, tidak selesa
§  Kebas atau terasa menyucuk pada kepala, leher dan belakang badan
§  Seram sejuk atau menggigil berserta kulit berpeluh dan pucat
§  Terlalu lesu
§  Mual
§  Denyut nadi menjadi cepat tetapi lemah

Keajaiban Air
Ada pakar kesihatan menyarankan kita mengamalkan tabiat "makan air" iaitu dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi 80 peratus air.
Sebahagian daripada kepentingan air untuk badan sudah dinyatakan, namun air ini ada beberapa 'keajaiban' yang perlu kita ketahui.

Membantu kita kekalkan kelangsingan
Minum banyak air kosong sebenarnya membantu 'mencergaskan' metabolisme kita terutama air yang benar-benar sejuk. Ini kerana badan kita perlu bekerja untuk memanaskan air berkenaan dan proses ini akan membakar beberapa kalori.

Air meransang tenaga
Jika anda berasa ketih dan tidak bertenaga, pergilah ke dapur dan minum segelas air sejuk.Kekurangan air akan membuatkan kita berasa cepat penat dan tidak bermaya.
Pengambilan air secukuonya akan membantu jantung mengepam darah dengan lebih cekap. Bahkan air boleh membantu darah membawa oksigen dan nutrien penting lain ke sel dengan cekap.

Air dapat kurangkan tekanan
Tahukah anda bahawa 70 hingga 80b peratus tisu otak kita terdiri daripada air? Jika badan kita kekurangan air, badan dan otak akan mengalami tekanan. Apabila berasa dahaga, badan kita sebenarnya sudah pun mengalami kekurangan air.
Untuk mengurangkan tekanan, pastikan di meja kita sentiasa ada sebotol air masak yang boleh diminum bila-bila masa.Tekadkan azam untuk menghabiskan sekurang-kurangnya satu liter air sepanjang tempoh anda berada di pejabat.

Menjaga Otot
Minum air secukupnya dapat membntu mengelakkan kita mengalami masalah kekejangan otot dan ia juga menjadi pelincir sendi. Individu yang mendapat cukup air boleh bersenam lebih lama dan badannya juga lebih kuat.

Air mencergaskan pencernaan
Selain serat, air juga sangat diperlukan untuk prosees pencernaan berjalan lancr. Air membantu melarutkan dan melembutkan bahan buangan ini supaya ia boleh bergerak dengan mudah di dalam usus menuju ke rektrum untuk dibuang sebagai najis.Kekurangan air akan membuatkan bahan kumuh ini menjadi keras dan menyebabkan kita mengalami sembelit.

Mencegah terbentuk batu karang
 Semakin ramai orang mengalami masalah membabitkan buah pinggang termasuklah batu karang. Salah satu sebabnya ialah kekurangan air. Air akan mencairkan garam dan mineral dalam air kencing.
Jika tidak cukup air, garam dan mineral ini akan membentuk kristal garam yang akhirnya menjadi batu karang. Batu karang tidak boleh terbentuk dalam air kencing yang cair.

Mencantikkan kulit
 Kulit yang kekurangan air akan lebih tua cepat. Kekurangan air akan membuatkan garis halus dan dalam mudah terbentuk. Ada orang menyifatkan air ialah krim kecantikan semula jadi kerana ia boleh menyihatkan sel,membuatkan kulit nampak lebih muda.
Air juga menyingkirkan bahan kumuh dari badan yang menjadi 'racun' kepada kecantikan kulit. Tidak kira lelaki atau wanita, mulakan amalan minum air secukupnya kerana tiada siapa yang tidak mahu menjadi individu yang sihat dan cantik, bukan? :)